Sunday, 15 May 2011

Coklat dan Kita

Coklat? sesiapa  pun tidak dapat menolak apabila ditawar merasai keenakan coklat. Malahan, mendengarnya sahaja boleh menjadikan sesiapa sahaja terliur.

ada bemacam-macam jenis coklat yang terdapat dalam pasaran. selain keluaran tempatan, produk coklat dari luar negara juga mudah didapati di negara ini.

coklat adalah sejenis manisan yang asalnya daripada buah koko. Buah koko kemudian diproses dan dijadikan pelbagai jenis jenama coklat seperti Cadbury, Vochelle, dan Van Houten. Semua orang meminati coklat kerana rasanya yang manis dan lazat. Coklat pada zaman sekarang sudah ada pelbagai perasa seperti kopi, susu dan strawberi, dan ditambah pula dengan kekacang seperti hazelnut, walnut, badam dan sebagainya.

Namun, coklat tidak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak kerana ia banyak mengandungi gula, jika dimakan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan penyakit obesiti. Coklat juga boleh dijadikan hadiah kepada para sahabat, guru, ibu, bapa dan adik-adik sempena hari lahir, hari guru, dan majlis perkahwinan sebagai tanda penghargaan,

Coklat digemari oleh segenap lapisan masyarakat malahan coklat akan membuatkan seseorang itu gembira dan ceria. Namun, menikmati keenakan coklat ada keburukan dan kebaikannya. Oleh itu, makan lah mengikut kesesuaian anda.

Mencegah Lebih baik Daripada Mengubati.

No comments:

Post a Comment